ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang Jualan Langsung dalam Syariat Islam. Perkembangan jualan langsung yang pesat di Malaysia memerlukan pengkajian yang mendalam untuk mempastikan sesebuah syarikat jualan langsung yang selaras dengan syariat Islam. Persoalan kajian adalah mengenai perjalanan sesebuah syarikat berdasarkan kepada pelan pemasaran. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrument untuk mengukur persoalan yang dibangkitkan. Kajian ini mendapati jualan langsung adalah bersamaan dengan jual beli Islam. Namun begitu masyarakat Islam haruslah berhati-hati di dalam menceburi sesebuah syarikat agar tidak terjerumus dengan skim cepat kaya, skim piramid, produk yang bertentangan dan di haramkan oleh Islam dan sebagainya. Penglibatan di dalam syarikat yang bertentangan dengan Islam akan mendatangkan musibah kepadanya. Usaha, pemantauan dan tindakan segera perlu di ambil untuk mempastikan syarikat jualan langsung ini menjadi lebih berkualiti dan berjaya menepati tujuan dan matlamatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan