Pra Ramadhan 1
Syarat-sayarat sah puasa.
1. Islam.
2. Mumaiyiz
3. Suci daripada haid dan nifas
4. Puasa diharuskan pada hari-hari yang dibolehkan puasa kecuali pada hari raya aidilfitri, aidiladha dan hari tasyrik (11-13 Zulhijjah)
Rukun Puasa
1. Berniat pada malamnya.
2. Menahan diri dari segala perkara yang membatalkan puasanmulai dari waktu terbit fajar hingga tenggelam matahari.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Bersetubuh
4. Keluar darah haid atau nifas
5. Gila.
6. Keluar mani.
Perkara-perkara yang disunatkan bagi orang berpuasa.
1. Segera berbuka puasa apabila masuk waktu berbuka. (maghrib).
2. Berdoa selepas berbuka.
3. Bersahur.
4. Menjauhkan diri daripada percakapan yang sia-sia, mengumpat atau mencela.
5. Membanyakkan perbuatan yang baik seperti bersedekah.
6. Membaca Al-Quran, zikir dan salawat.
Dari buku Manusia dan Islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan