Berkongsi Pengalaman, Idea dan Maklumat.

Isnin, 26 Julai 2010

Asma AlHusna

Dari Laman web http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/304/Asma-AlHusna


Asma AlHusna


Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Di pos oleh Arbain bin Muhayat pada 02 November 2008


Sabtu, 24 Julai 2010

Makruh dalam berwuduk.

Makruh dalam berwuduk. (Imam Ghazali Bimbingan Mukmin m/s 38 + 39)
  1. Ketika berwuduk makruh melebihi dari 3 kali.
  2. Berlebih-lebihan menggunakan air.
Sabda Nabi Muhammad S..A.W. Yang bermaksud.. .Sesiapa yang melebihi (iaitu lebih daripada
3 kali) Maka ia telah membuat salah dan menganiaya.

Sabda Nabi lagi yang bermaksud... Akan datang suatu kaum dari umat ini suka melampaui batas (berlebih-lebihan) dalam perkara berdoa dan bersuci.

  • Makruh juga merenjis-renjiskan tangan sehingga air terpercik daripadanya ataupun menampar-nampar muka dengan air.

Perbuatan-perbuatan dalam sembahyang.

Perbuatan-perbuatan dalam sembahyang.(Imam Ghazali Bimbingan Mukmin  m/s 55

  • Berwuduk
  • Suci daripada najis dan kotoran (badan, tempat dan pakaian)

  • Menutup aurat
Berdiri tegak ,menghadapkan muka ke arah kiblat, sebaik-baiknya ia bersembahyang dekat dengan dinding supaya terhad pemandangannya, fokus, melihat kearah tempat sujud dan tidak menoleh ke arah lain.

Jualan Langsung dalam Syariat Islam

ABSTRAK
Kajian ini membincangkan tentang Jualan Langsung dalam Syariat Islam. Perkembangan jualan langsung yang pesat di Malaysia memerlukan pengkajian yang mendalam untuk mempastikan sesebuah syarikat jualan langsung yang selaras dengan syariat Islam. Persoalan kajian adalah mengenai perjalanan sesebuah syarikat berdasarkan kepada pelan pemasaran. Kaedah soal selidik digunakan sebagai instrument untuk mengukur persoalan yang dibangkitkan. Kajian ini mendapati jualan langsung adalah bersamaan dengan jual beli Islam. Namun begitu masyarakat Islam haruslah berhati-hati di dalam menceburi sesebuah syarikat agar tidak terjerumus dengan skim cepat kaya, skim piramid, produk yang bertentangan dan di haramkan oleh Islam dan sebagainya. Penglibatan di dalam syarikat yang bertentangan dengan Islam akan mendatangkan musibah kepadanya. Usaha, pemantauan dan tindakan segera perlu di ambil untuk mempastikan syarikat jualan langsung ini menjadi lebih berkualiti dan berjaya menepati tujuan dan matlamatnya.

Pesta Buku 2010 Daerah Sabak Bernam

Pesta Buku 2010 akan diadakan seperti berikut:

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam Dengan Kerja sama Pusat Kegiatan Guru Daerah dan CERDIK Publication.

Tarikh : 23 hingga 25 Julai 2010 ( Jumaat hingga Ahad).

Masa : 8:30 pagi hingga 10:00 malam.

Tempat : Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Selangor.

Aktiviti:

- Pameran & Jualan Buku

- Seminar Tingkatan 6

- Teka Silang kata ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

- Pertandingan Melukis

- Pertandingan Mewarna

- Kuiz 1 Malaysia

- Pertandingan Membaca Lancar ( Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris )

- Gerai Jualan Makanan dan Minuman

MEMBACA BUDAYA KITA

- Hadiah-hadiah menarik disediakan

- Cabutan Bertuah

Datanglah Beramai-ramai

...dipetik daripada jemputan yang diedar kepada murid-murid SK Seri Makmur.