Berkongsi Pengalaman, Idea dan Maklumat.

Isnin, 28 November 2011

Merisik







Merisik dilakukan sebelum peminangan secara rasmi. Ianya bertujuan untuk mengetahui pasangan masing-masing  sama ada dari segi agama, rupa, akhlak, keturunan, harta, sudah dimiliki atau belum. Orang Melayu selalunya menghantar rakan kepada wanita yang ingin dirisik untuk mengetahui sama ada wanita tersebut solat dan berakhlak atau sebaliknya. Selepas itu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju maka boleh diteruskan dengan peminangan.

Ahad, 27 November 2011

Aqiqah



Aqiqah sering dilaksana untuk menyatakan rasa kesyukuran diatas nikmat kelahiran anak yang dikurniakan Allah kepada pasangan suami isteri. 

PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. 
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
 SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
Berdoa semasa hendak menyembelih: 


 بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
Menyembelih ketika matahari sedang naik.
Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. 
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya. 
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin. 
Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir. 
Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 
Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.  
Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang. 
Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.  
Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya. 
Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya. 
Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah. 
Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. 
‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il. 
Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.


Sabtu, 26 November 2011

Kursus Pemantapan Pengurusan Praktikum- Mentoring Guru Pembimbing:j-QAF ambilan Januari 2011 (Cuti Sekolah)

23, 24 dan 25 November penulis telah mengikuti Kursus Pemantapan Pengurusan Praktikum- Mentoring Guru Pembimbing:j-QAF ambilan Januari 2011  bertempat di BTPN Pahang.Oleh kerana jauh, penulis membawa sekali keluarga dan menginap di Homestay Damai Guest House.







Rombongan ke Melaka

20 dan 21 November 2011, mengikuti rombongan Asnaf Zakat SK Seri Makmur ke Melaka.



Lihat gambar disini.

Khamis, 10 November 2011

zoom-a

Manual Cara membuat bayaran untuk zoom-a.com
Ibubapa tahun 5 2011 ..sudah boleh mendaftar   bermula 1 okt 2011 yang lalu...manakala bg yang lain akan berakhir pada 31 disember 2011...harap maklum.


cara membuat bayaran untuk zoom-a.com

Isnin, 7 November 2011

Korban

    Lagi gambar

Istilah Korban
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.

Dalil yang menerangkan tentang ibadah korban ini ialah Firmannya yang bermaksud
" Maka dirikanlah Solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah." Surah Al-Kausar ayat 2.

Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut keatas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam, Sempurna akal, dan baligh. Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang korban itu sendiri atau sekurang kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.

Hikmah disyariatkan.
1) Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
2) Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah s.w.t.
3) Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan.

Indahnya Hidup Bersyariat  Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid ms 183