Berkongsi Pengalaman, Idea dan Maklumat.

Jumaat, 30 Disember 2011

Pasang sendiri je..





Peralatan MBMMBI ..depa letak je kat Makmal Komputer..last2 den jugak yg kono pasang...

Rabu, 21 Disember 2011

Fathu Mekah (Pembebasan Kota Mekah)

FATHU MEKAH ( PEMBEBASAN KOTA MEKAH)
Latar belakang pembebasan Kota Mekah
1. Pembebasan Kota Mekah berlaku pada 20 Ramadhan tahun 8 Hijrah
2. Dilakukan secara aman tanpa pertumpahan darah
Faktor yang mempercepat pembebasan Kota Mekah
1. Orang Musyrikin Mekah telah memberi bantuan ketenteraan dan senjata
kepada sekutunya Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
2.Tindakan Musyrikin Mekah telah dianggap sebagai Mecabuli Perjanjian
Hudaibiah.
3.Suku bani Khuza’ah yang menjadi sekutu orang islam telah meminta per-
tolongan daripada Rasulullah. Rasulullah saw telah mengutus surat kepada
pihak Musyrikin Mekah dan mengenakan 3 syarat iaitu:-
a) Membayar wang tebusan darah (pampasan ) ke atas setiap
orang Bani Khuza’ah yang dibunuh atau;
b) Membatalkan perjanjian antara kafir Quraisy dengan Bani
Bakar atau;
c) Perjanjian Hudaibiah dibatalkan.
4 Melihat kepada maklum balas musyrikin Mekah yang memilih syarat yang
ketiga maka Rasululllah telah membuat keputusan untuk membebaskan
Mekah daripada cengkaman Kafir Quraisy.
Faktor-faktor mempermudahkan Mekah senang ditawan
1. Kesan daripada Perjanjian Hudaibiah
2. Perubahan sikap masyarakat Arab dalam menerima Islam
3. Kelahiran generasi muda yang lebih bersikap terbuka
4. Kehilangan ramai pucuk pimpinan Musyrikin Mekah dalam peperangan
5. Keunggulan pimpinan Rasulullah saw
6. Perpaduan dan semangat jihad yang tinggi dikalangan umat Islam
7. Kebijaksanaan Rasulullah mengatur dan menyusun strategi yang berkesan
- 1 -
Operasi pembukaan Kota Mekah
1. Rasulullah saw telah mengarahkan tentera Islam seramai 10,000 orang
yang lengkap dengan peralatan peperangan bergerak menuju ke Mekah .
2.Tentera Islam telah berkhemah dan bermalam di Marru Zahran. Untuk
Menakut-nakutkan Musyrikin Mekah , Rasulullah mengarahkan tentera
Islam memasang obor pada waktu malam.
3.Rasulullah saw juga menghantar pasukan perisik untuk melancarkan
Perang saraf.
4. Semasa Tentera Islam berkhemah di Marru Zahran Saidina Abbas dan
Abu Sufian telah mengunjungi Rasulullah dan menyatakan keislamam mereka
5.Kesempatan Islamnya Abu Suffian ini dipergunakan oleh Rasulullah dengan
Meminta beliau menghebahkan kepada semua penduduk Mekah:-
a) Barangsiapa yang masuk kedalam rumah sendiri akan selamat,
b) Barangsiapa yang masuk ke dalam Masjidil Haram akan selamat
c) Dan barangsiapa yang masuk kedalam rumah abu Suffian juga
akan selamat.
6. Rasulullah saw juga telah mengatur strategi memasuki Mekah dari empat
Penjuru dengan dibantu oleh ramai panglima-panglima iaitu:-
1. Pasukan az-Zubair bin al-Awwam masuk dari arah utara
2. Pasukan Khalid al-Wali masuk dari arah selatan
3. Pasukan Abu Ubaidah al-Jarrah dari arah timor
4. dan pasukan Ali bin Abi Talib dan saad bin Ubadah masuk dari arah barat
7. Akhirnya Mekah berjaya ditawan tanpa sebarang pertumpahan darah
kecuali kumpulan Khalid al-Walid yang menghadapi pertempuran kecil .
- 2 -
Tindakan Rasulullah saw setelah Mekah berjaya ditawan
1. Rasulullah saw mengarahkan tentera Islam menghancurkan dan mem-
Bersihkan semua patung-patung berhala yang ada disekeliling Kaabah.
2. Mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan
3. mendirikan solat sunat beramai-ramai.
4. Rasulullah saw telah memaafkan semua penduduk Mekah yang di tawan
dan membebaskan mereka tanpa sebarang hukuman.Kemuliaan hati
Rasulullah saw telah menarik mereka secara sukarela untuk memeluk
Islam beramai-ramai.

Sabtu, 10 Disember 2011

RM500..Syukurlah..




Baru mengisikan borang bagi pemohon -pemohon BR1M . Kelayakan pendapatan RM3000 ke bawah dan rakyat Malaysia.

Ubuntu





Dah 3 tahun menggunakan ubuntu...syok jugak...tidak perlu memikirkan tentang virus...lesen..ori ke tak ori ke..he..he..

Jumaat, 9 Disember 2011

Meredah Banjir.


Walaupun banjir tetapku redah juga..Sewaktu menziarahi sepupu yang baru balik dari ibadah Haji. Banjir di jalan Sg Panjang ke Tanjung Malim/Sg Dusun.

Khamis, 8 Disember 2011

Seminar Tranformasi Dakwah Negeri Selangor

8 Disember 2011. Penulis menghadiri Seminar Tranformasi Dakwah Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz , Shah Alam yang dianjurkan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Pembentangan Kertas Kerja 1
Tranformasi Dakwah: "Dimensi Era Dakwah Semasa"
Oleh : Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba,
Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Negeri Selangor.

Pembentangan Kertas Kerja 2
Peranan Pendakwah Wanita Dalam Menjana Tranformasi Dakwah.
Oleh : Y.Bhg. Prof Madya Maznah Binti Daud.

Perbincangan Panel
Cabaran Tranformasi Dakwah Islam di Era Globalisasi
Panel 1: Y.Bhg. Dr. Zulkifli Al Bakri
Panel 2: Y.Bhg Tuan Haji Nicholas Sylvester
Moderator : Y.Bhg. Dato' Aidit Bin Ghazali.

Isnin, 28 November 2011

Merisik







Merisik dilakukan sebelum peminangan secara rasmi. Ianya bertujuan untuk mengetahui pasangan masing-masing  sama ada dari segi agama, rupa, akhlak, keturunan, harta, sudah dimiliki atau belum. Orang Melayu selalunya menghantar rakan kepada wanita yang ingin dirisik untuk mengetahui sama ada wanita tersebut solat dan berakhlak atau sebaliknya. Selepas itu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju maka boleh diteruskan dengan peminangan.

Ahad, 27 November 2011

Aqiqah



Aqiqah sering dilaksana untuk menyatakan rasa kesyukuran diatas nikmat kelahiran anak yang dikurniakan Allah kepada pasangan suami isteri. 

PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala. 
HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
 WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. 
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
ÙƒُÙ„ُّ غُلاَÙ…ٍ رَÙ‡ِÙŠْÙ†َØ©ٌ بِعَÙ‚ِÙŠْÙ‚َتِÙ‡ِ تُØ°ْبَØ­ُ عَÙ†ْÙ‡ُ ÙŠَÙˆْÙ…َ سَابِعِÙ‡ِ , ÙˆَÙŠُØ­ْÙ„َÙ‚ُ ÙˆَÙŠُسَÙ…َّÙ‰ .

Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Daud)
 SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 
 PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
Berdoa semasa hendak menyembelih: 


 Ø¨ِسْÙ…ِ اللهِ ، اَللهُ Ø£َÙƒْبَرُ ، اَللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù‡َØ°َا Ù…ِÙ†ْÙƒَ ÙˆَØ¥ِÙ„َÙŠْÙƒَ عَÙ‚ِÙŠْÙ‚َØ©ٌ ... (sebut nama anak)
Maksudnya:
"Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
Menyembelih ketika matahari sedang naik.
Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. 
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang ‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya. 
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin. 
Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu. 

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir. 
Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya. 
Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya membaca surah Al-Ikhlas.  
Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda yang manis seperti buah tamar atau pisang. 
Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik pada hari ketujuh kelahirannya.  
Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya. 
Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih ‘aqiqah untuknya. 
Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak tersebut. 
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.

HIKMAH ‘AQIQAH
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan. 
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.
 Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan qurban: 
‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah. 
Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin. 
‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il. 
Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.


Sabtu, 26 November 2011

Kursus Pemantapan Pengurusan Praktikum- Mentoring Guru Pembimbing:j-QAF ambilan Januari 2011 (Cuti Sekolah)

23, 24 dan 25 November penulis telah mengikuti Kursus Pemantapan Pengurusan Praktikum- Mentoring Guru Pembimbing:j-QAF ambilan Januari 2011  bertempat di BTPN Pahang.Oleh kerana jauh, penulis membawa sekali keluarga dan menginap di Homestay Damai Guest House.







Rombongan ke Melaka

20 dan 21 November 2011, mengikuti rombongan Asnaf Zakat SK Seri Makmur ke Melaka.



Lihat gambar disini.

Khamis, 10 November 2011

zoom-a

Manual Cara membuat bayaran untuk zoom-a.com
Ibubapa tahun 5 2011 ..sudah boleh mendaftar   bermula 1 okt 2011 yang lalu...manakala bg yang lain akan berakhir pada 31 disember 2011...harap maklum.


cara membuat bayaran untuk zoom-a.com

Isnin, 7 November 2011

Korban

    Lagi gambar

Istilah Korban
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah.

Dalil yang menerangkan tentang ibadah korban ini ialah Firmannya yang bermaksud
" Maka dirikanlah Solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah." Surah Al-Kausar ayat 2.

Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut keatas umat islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar. Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam, Sempurna akal, dan baligh. Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang korban itu sendiri atau sekurang kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.

Hikmah disyariatkan.
1) Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
2) Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah s.w.t.
3) Menambahkan rasa kasih sayang dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban tersebut kepada insan yang memerlukan.

Indahnya Hidup Bersyariat  Dato' Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid ms 183

Rabu, 27 Julai 2011

Akhirnya engkau kembali...internet...oooo internet

Alhamdulillah setelah menunggu selama 2 hari akhirnya sambungan internet kembali pulih...Terima kasih diucapkan kepada pihak TM khususnya TM Sg Besar dan kontraktor TM yang telah bertindak dengan pantas untuk menyelesaikan masalah tersebut.