28 Februari 2012. 9.00pg Bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor telah berlangsung taklimat Sekolah Pemangkin.
Selasa, 28 Februari 2012
Selasa, 14 Februari 2012
Dah mai dah...
14 Februari 2012. Selasa...Pensyarah dari IPIS Tuan Haji Ariffin Bin Zainudin telah datang untuk mencerap bakal guru Ustazah Roziawati Binti Ibrahim.
Pensyarah IPIS Tuan Haji Ariffin Bin Zainuddin
Ustazah Roziawati Ibrahim - element ICT
Khamis, 9 Februari 2012
Ni ada can cemerlang nih...
9 Februari 2012. Khamis..tengok gaya...ustazah nih ada can cemerlang nih..(dlm praktikum)..walaupun baru kali keduanya mencerap...element ICT ada konsep "casper" lg tu...soalan interaktif dan slaid pawerrrr point nya...ni dah pembelajaran bestari nih....
1st time mencerap...
9 Februari 2012.Khamis. Inilah 1st time mencerap guru pelatih @ bakal guru..rerasanya walaupun dah 15 tahun mengajar mendidik, diri ini tidak berapa layak lagi mencerap orang lain...namun begitu...amanah tetap dijalankan.
Ustazah Roziawati Binti Ibrahim dengan penuh semangat dan komited mengajar mendidik murid-murid tahun 4Nilam........Aa.aaa...sekali arablah....alkhisah.. taib...maka tersebutlah kisah sang kancil sedang memakan rumput di padang pasir.....padang pasir mana ada rumputlah...dengan Izin..Dulu-dulu masa kat UKM saya mengambil 4 paper Bahasa Arab....kena buat refrest nih....tp lambat sikit cpu dan ramnya kecil...256je..
ha..apa lg ikut le....arabtu....
Khamis, 2 Februari 2012
Jumaat, 27 Januari 2012
Jom ikuti kursus networking
Isnin ..30 Januari 2012 nanti cadang nak buat kursus networking...pukul 11.00 pg mula..ok tak..lepas habis kelas ma..ni ha den dah cabut dah...
Khamis, 26 Januari 2012
Hancau...
Ini namanya..hancau......
lepas balik kerja je...ptg..ptg..evening boleh le menghancau...dapat sekali lauk...dah ..sambung esok ..
Khamis, 19 Januari 2012
Terapi minda
Setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan...fikiran kena ditenangkan ...yang utamanya mengaji...yang ni ....sekadar merehatkan kecelaruan minda..."Jiwa Kacau"..kata Sifu Idris.
Kura-kura pun jadik....
Rabu, 11 Januari 2012
Dah ada pengganti...
Cikgu Mohd Isa bin Saarani dengan tekun, sabar, bersungguh-sungguh serta bertungkus lumus menyiapkan SMM/BMM SK Seri Makmur setelah Cikgu Zainon Abidin Bin Musa di naikkan pangkat sebagai PK Kokurikulum SK Binjai Jaya...Tahniah..diucapkan kepada Cikgu Zainon.
Rabu, 4 Januari 2012
Teruja...
04 Jan 2012. Rabu.. penulis teruja hari ini sbb selama 14 tahun mengajar...tak pernah penulis berhadapan dengan Pra Sekolah.....Tahun 2012 ni penulis juga terlibat mengajar Pra Sekolah....
PRAMANJAKU.....
Selasa, 3 Januari 2012
Jumaat, 30 Disember 2011
Sabtu, 24 Disember 2011
Akikah II
23 Disember 2011. Kenduri Kesyukuran, Tahlil Akikah..kat Kedah ..akikah bagi adik Mohd Akmal Bin Azizan
Rabu, 21 Disember 2011
Fathu Mekah (Pembebasan Kota Mekah)
FATHU MEKAH ( PEMBEBASAN KOTA MEKAH)
Latar belakang pembebasan Kota Mekah
1. Pembebasan Kota Mekah berlaku pada 20 Ramadhan tahun 8 Hijrah
2. Dilakukan secara aman tanpa pertumpahan darah
Faktor yang mempercepat pembebasan Kota Mekah
1. Orang Musyrikin Mekah telah memberi bantuan ketenteraan dan senjata
kepada sekutunya Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.
2.Tindakan Musyrikin Mekah telah dianggap sebagai Mecabuli Perjanjian
Hudaibiah.
3.Suku bani Khuza’ah yang menjadi sekutu orang islam telah meminta per-
tolongan daripada Rasulullah. Rasulullah saw telah mengutus surat kepada
pihak Musyrikin Mekah dan mengenakan 3 syarat iaitu:-
a) Membayar wang tebusan darah (pampasan ) ke atas setiap
orang Bani Khuza’ah yang dibunuh atau;
b) Membatalkan perjanjian antara kafir Quraisy dengan Bani
Bakar atau;
c) Perjanjian Hudaibiah dibatalkan.
4 Melihat kepada maklum balas musyrikin Mekah yang memilih syarat yang
ketiga maka Rasululllah telah membuat keputusan untuk membebaskan
Mekah daripada cengkaman Kafir Quraisy.
Faktor-faktor mempermudahkan Mekah senang ditawan
1. Kesan daripada Perjanjian Hudaibiah
2. Perubahan sikap masyarakat Arab dalam menerima Islam
3. Kelahiran generasi muda yang lebih bersikap terbuka
4. Kehilangan ramai pucuk pimpinan Musyrikin Mekah dalam peperangan
5. Keunggulan pimpinan Rasulullah saw
6. Perpaduan dan semangat jihad yang tinggi dikalangan umat Islam
7. Kebijaksanaan Rasulullah mengatur dan menyusun strategi yang berkesan
- 1 -
Operasi pembukaan Kota Mekah
1. Rasulullah saw telah mengarahkan tentera Islam seramai 10,000 orang
yang lengkap dengan peralatan peperangan bergerak menuju ke Mekah .
2.Tentera Islam telah berkhemah dan bermalam di Marru Zahran. Untuk
Menakut-nakutkan Musyrikin Mekah , Rasulullah mengarahkan tentera
Islam memasang obor pada waktu malam.
3.Rasulullah saw juga menghantar pasukan perisik untuk melancarkan
Perang saraf.
4. Semasa Tentera Islam berkhemah di Marru Zahran Saidina Abbas dan
Abu Sufian telah mengunjungi Rasulullah dan menyatakan keislamam mereka
5.Kesempatan Islamnya Abu Suffian ini dipergunakan oleh Rasulullah dengan
Meminta beliau menghebahkan kepada semua penduduk Mekah:-
a) Barangsiapa yang masuk kedalam rumah sendiri akan selamat,
b) Barangsiapa yang masuk ke dalam Masjidil Haram akan selamat
c) Dan barangsiapa yang masuk kedalam rumah abu Suffian juga
akan selamat.
6. Rasulullah saw juga telah mengatur strategi memasuki Mekah dari empat
Penjuru dengan dibantu oleh ramai panglima-panglima iaitu:-
1. Pasukan az-Zubair bin al-Awwam masuk dari arah utara
2. Pasukan Khalid al-Wali masuk dari arah selatan
3. Pasukan Abu Ubaidah al-Jarrah dari arah timor
4. dan pasukan Ali bin Abi Talib dan saad bin Ubadah masuk dari arah barat
7. Akhirnya Mekah berjaya ditawan tanpa sebarang pertumpahan darah
kecuali kumpulan Khalid al-Walid yang menghadapi pertempuran kecil .
- 2 -
Tindakan Rasulullah saw setelah Mekah berjaya ditawan
1. Rasulullah saw mengarahkan tentera Islam menghancurkan dan mem-
Bersihkan semua patung-patung berhala yang ada disekeliling Kaabah.
2. Mengarahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan
3. mendirikan solat sunat beramai-ramai.
4. Rasulullah saw telah memaafkan semua penduduk Mekah yang di tawan
dan membebaskan mereka tanpa sebarang hukuman.Kemuliaan hati
Rasulullah saw telah menarik mereka secara sukarela untuk memeluk
Islam beramai-ramai.
Isnin, 19 Disember 2011
Langgan:
Catatan (Atom)


















































