Berkongsi Pengalaman, Idea dan Maklumat.

Khamis, 29 April 2010

Perjanjian Hudaibiah

PERJANJIAN HUDAIBIAH
Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6 

Maksud Perjanjian Hudaibiah
1.Dinamakan Perjanjian Hudaibiah kerana mengambil nama sempena nama
sebuah tempat yang terletak di luar kota Mekah iaitu Hudaibiah.
2. Perjanjian damai ini berlaku antara Quraisy Mekah dengan Rasulullah saw
3. Peristiwa ini berlaku pada bulan Zulhijjah tahun 6 Hijrah.
Sebab-sebab Rasulullah saw ingin ke Mekah
1.Rasulullah saw bermimpi ziarah kaabah bersama sahabat.
2.Setelah 5 tahun berhijrah ke Madinah perasaan rindu untuk pulang ke-
kampong halaman.
3. Kedudukan umat Islam yang semakin mantap.
4. Wahyu daripada Allah SWT yang memfardhukan ibadat haji.
Persiapan sebelum berangkat ke Kota Mekah
1. Memakai pakaian ihram sejak di Bi’r Ali Zulhulaifah
2. Membawa 70 ekor binatang ternakan sebagai bekalan makanan
3. Melantik 200 pasukan berkuda sebagai pengawal keselamatan dan 20
daripadanya ditugaskan sebagai pasukan peninjau.
4. Berhenti di Usfan dan mengirim pasukan perisik untuk mengetahui
reaksi Musyrikin Mekah
5. Mengelakkan laluan utama dengan mengambil jalan berliku dicelah-celah
bukit.
6. Rasulullah saw sentiasa bermesyuarat dengan para sahabat dalam mem-
buat keputusan.
7. Umat Islam sentiasa bertalbiah sepanjang perjalanan.

- 1 -
Reaksi Musyrikin Mekah
  1. PadaHari isnin 1 Zulkaedah tahun 6 Hijrah Rasulullah SAW berangkat
Ke Kota Mekah bersama 1400 para sahabat.
2. Berita kedatangan rombongan islam dari Madinah menggemparkan
Musyrikin Mekah.
3. Abu Suffian dan para pembesar Mekah telah mengadakan mesyuarat
tergempar dan mereka memutuskan untuk menghalang orang islam dari-
pada memasuki Mekah.
4. 200 orang tentera berkuda yang diketuai oleh Khalid al-Walid ditempat
Di Kar ul Ghamim untuk menyekat orang Islam.
Bai”atur Ridhwan ( Bai’atur as-Syajarah)
1. Rasulullah saw dan umat Islam tetap meneruskan niat untuk memasuki
Mekah.
2. Mereka memutuskan memasuki Mekah melalui Hudaibiah untuk mengelak-
Kan pertempuran.
3. Rasulullah saw menghantar Saidina Osman bertemu para pembesar Mekah
untuk menyatakan maksud sebenar kedatangan mereka.
4. Malangnya tersebar berita kononnya Osman telah dibunuh,mendengar
Berita itu ,umat Islam bersedia untuk menuntut bela dan mengadakan
Bai’ah ( sumpah setia) yang dikenali dengan BAI’ATUR RIDHWAN @
BAI’ATUR SYAJARAH.
5. Melihat semangat umat Islam yang berkobar-kobar , musyrikin Mekah
menjadi takut lalu membebaskan Osman dan bersedia untuk berunding.
- 2 -
Isi-isi Perjanjian Hudaibiah
1. Gencatan senjata selama 10 tahun antara kedua-dua belah pihak
2.Kedua-dua belah pihak tidak boleh campurtangan(menyebelahi atau
membantu) mana-mana kaum yang bersengketa.
3.Orang Quraisy yang pergi ke Madinah tanpa izin walinya hendaklah di
pulangkan semula ke Mekah.
4.Orang Islam Madinah yang datang ke Mekah tidak perlu dipulangkan
5.Kedua-dua pihak tidak dibenarkan mengikat perjanjian dengan mana-
mana pihak.
6.Umat Islam tidak dibenarkan mengerjakan haji pada tahun tersebut
tetapi ditunda ketahun hadapan (7 Hijrah ). Mereka hendaklah datang
dalam keadaan memakai pakaian ihram , membawa pedang yang tersarung
dan tinggal di Mekah tidak melebihi daripada 3 hari.

Kesan-kesan Perjanjian Hudaibiah
1. Musyrikin Mekah mengiktiraf kewujudan Negara Islam Madinah dan
Kepimpinan Rasulullah saw.
2 Kebijaksanaan Rasulullah telah menarik minat ramai pihak musuh untuk
memeluk Islam antaranya Khalid al-Walid
3.Umat Islam boleh menumpukan perhatian terhadap musuh-musuh dari
Kalangan orang yahudi.
4.Mengikat kebebasan Orang Musyrikin Mekah.
5.Memberi peluang kepada Rasulullah merancang dan menyusun strategi
untuk membebaskan Mekah daripada cengkaman kuasa jahiliah


Tiada ulasan:

Catat Komen