Berkongsi Pengalaman, Idea dan Maklumat.

Sabtu, 15 Mei 2010

Pengertian Puasa

http://www.e-zakat.com.my/baru/ibadah/puasa.asp

PENGERTIAN PUASA


Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB
Puasa di bulan Ramadhan
Puasa Kifarat
Puasa Nazar

PUASA SUNAT
Puasa enam hari pada bulan Syawal
Puasa hari Arafah
Puasa hari Asyura pada 10 Muharam
Puasa bulan Syaaban
Puasa Isnin dan Khamis
Puasa tengah bulan iaitu 13, 14, 15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun hijrah)

PUASA MAKRUH
Puasa yang terus menerus sepanjang masa
Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM
Puasa pada hari raya pertama Aidil Fitri
Puasa pada hari raya pertama Aidil Adha
Puasa tiga hari sesudah hari raya Aidil Adha atau hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

RUKUN PUASA

Niat

Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Lafaz niat puasa yang sempurna:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala"

Lafaz niat untuk sebulan:

Maksudnya: "Sahaja aku puasa sebulan kerana Allah Taala"

Imsak
Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa
Orang yang berpuasa

SYARAT WAJIB DAN SAH PUASA

SYARAT WAJIB PUASA
Berakal
Tidak wajib bagi orang yang hilang akal seperti gila dan pitam yang berpanjangan (pengsan)
Akhil Baligh (cukup umur)
Islam
Kuasa berpuasa
Dikecualikan orang sakit yang kurang mampu puasa, orang tua dan sebagainya

SYARAT SAH PUASA
Islam
Berakal
Suci daripada haid atau nifas
Niat
Imsak iaitu menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa

PERKARA-PERKARA SUNAT BAGI PUASA

Menyegerakan berbuka apabila masuk waktunya. Sunat berbuka dengan buah tamar
Makan sahur dan melambatkannya (sekurang-kurangnya sahur minum sedikit air)
Membaca doa semasa berbuka:
Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"

Memberi makan/minum kepada orang yang berpuasa.
Maksud Hadis: Sesiapa yang memberi makan/minum orang yang berpuasa ia akan mendapat ganjaran pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu.

Segera mandi junub sebelum terbit fajar
Melebihkan belanja untuk perbelanjaan rumah tangga tetapi dilarng berlebih-lebihan dan jika membawa kepada pembaziran hukumnya haram

Membaca Al-Quran/Hadis, kitab-kitab dan buku yang mengandungi pelajaran

Beriktikaf di masjid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan